KEWAJARAN DAERAH ALOR GAJAH SEBAGAI PINTU MASUK TERBARU KE NEGERI MELAKA
Setiap tahun, ramai pelancong-pelancong luar berkunjung ke Daerah Alor Gajah. Daerah Alor Gajah berkeluasan 660 km persegi (66,500 hektar) dan terdapat tiga (3) bandar iaitu Bandar Alor Gajah (15 minit dari Homestay Kak Pidah), Bandar Pulau Sebang (berjiran dengan Bandar Tampin N9) dan Bandar Masjid Tanah (30 minit dari Homestay Kak Pidah) serta merangkumi 31 mukim di dalam pentadbirannya. Daerah Alor Gajah berada di Kawasan Parlimen Alor Gajah (P.135) dan Kawasan Parlimen Masjid Tanah (P.134) dengan sembilan (9) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Perhubungan masuk samada dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Tol Alor Gajah/Simpang Ampat (12 minit ke Homestay Kak Pidah) dan Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Batu Caves-Pulau Sebang/Tampin, di Stesen KTM Pulau Sebang/Tampin (3 minit ke Homestay Kak Pidah).
Terdapat beberapa Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institiut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Daerah Alor Gajah. UiTM Melaka Kampus Alor Gajah terletak di Lendu, University College Agroscience Malaysia (UCAM) di Ayer Pa'abas, UniKL MICET di Taboh Naning, Universiti Melaka (UNIMEL) dan Akademik Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Sungai Baru, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Ramuan China Besar, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Lubok China dan GIATMARA Simpang Ampat.
Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) di Londang, Akademik Latihan RELA Malaysia di Sungai Udang, Institut Teknologi Unggas di Ramuan China Besar, MRSM Kem Terendak, MRSM Alor Gajah di Ayer Pa'abas, Kolej Komuniti Masjid Tanah di Paya Rumput, Masjid Tanah, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka di Taboh Naning dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi (CREaTE) JKR di Simpang Ampat serta Kem Permata Resort di Ayer Pa'abas.
Penempatan 2 Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kem Terendak dan Kem Sungai Udang serta Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.
Pantai popular pelancongan seperti Pantai Tanjung Bidara, Pantai Puteri, Pantai Padang Kemunting, Pantai Sungai Tuang, Pusat Ikan Bakar Kuala Linggi dan Pengkalan Balak.
Tempat menarik yang lain, Kota Supai di Kuala Linggi, Masjid Sultan Abdullah (Masjid Putih), Masjid Salmah Khamis (Masjid Terapung) dan Masjid Lama di Masjid Tanah.
Bagi tempat bersejarah pula terdapatnya Muzium Warisan dan Sejarah Naning di Simpang Ampat, Makam Datuk Naning Datuk Dol Said di Taboh Naning dan Batu Megalith dalam Daerah Alor Gajah.
Terdapat juga A' Famosa Water Theme Park & Safari Wonderland dan Freeport A' Famosa Outlet (Melaka Premium Outlet- MPO) di Simpang Ampat (7 minit dari Homestay Kak Pidah), Kolam Air Panas Gadek di Ganun dan Kolam Air Panas Cherana Putih di Taboh Naning.
Pentadbiran Daerah Alor Gajah terletak di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).
Akhirnya, kerjasama MPAG dengan Tourism Melaka dapat menjadikan Daerah Alor Gajah sebagai pintu masuk terbaru Negeri Melaka.
Nota:-
Kredit kepada PDTAG, artikel Pak Lang Deyman dan segala penulisan ini hanya pandangan dari Homestay Kak Pidah saja.
No comments:
Post a Comment